Sunday, March 7, 2010

PANAS

Suatu petang yang permai.

Dua wanita berpakaian seragam kemeja tak tak-in masuk ke bilikku.

‘Cik Batin ke? Kami dari kot memot. Izinkan kami masuk untuk memasang pendingin hawa di bilik cik.’

‘Eh saya muda jelita lagi, x pandai berhutang ansuran mingguan dan x ada slip gaji untuk buat potongan secara automatik..’

‘Jangan salah faham cik. Cik telah menang cabutan bertuah sebagai pencarum KWSP ke 888 yang jumlah caruman terkumpul dalam akaun satu bawah RM1000.’

Satu lagi tanda keprihatinan kerajaan terhadap golongan marhaen..syabas.

Sedang mereka memasang ekon yang boleh on secara automatik bila mengesan suhu badan meningkat secara mendadak, pintuku diketuk lagi.

Oh makcik cendol cafe terapung rupanya.

‘Tahniah, adik menang hadiah bekalan cendol dan ABC aiskrim selama setahun termasuk semasa cuti semester kerana menjadi pembeli cendol terbanyak sepanjang minggu lepas’

Wah ini sudah bagus. Belum sempat aku menyambut huluran cendol, datang pula encik posmen.

‘Cik sila sain di sini,ada kiriman dari kampung’

Sungguh luar biasa besar kiriman kali ini. Aku mengoyakkannya dengan ganas.

Wah sebuah peti ais dua pintu.

Penuh dengan makanan seperti tembikai, 100 plus, jeli kelapa, laicikang dan air penyejuk badan cap badak.

Air mataku mengalir tanda kesyukuran mengenang keprihatinan keluarga di kampung.

Tapi belum sempat ia menitis ke lantai, air mata telah membeku dipipiku.

Oh salji sudah turun di bandar Kuantan rupanya sehingga mencecah suhu di bawah takat beku.

Emping-emping salji turun seperti kunang2 di petang hari.

Fakta: Cuaca panas memang bisa bikin sasau.

No comments:

Post a Comment