Wednesday, April 20, 2011

EXAM LAGI (2)

Sambungan dari entry exam

Yes ini semester terakhir Mak Batin amik exam.

Test2 selepas ni x memerlukan minda yang cerdas. (contoh: HIV test bakal pengantin)

Hatta exam PTK sekalipun dah dimansuhkan.

Walaupun ini yang terakhir, semangat tetap tidak segigih zaman kanak2. Rujuk entri ini.

Pensel mekanikal dah downgrade ke pensel kayu Hotel Grand Continental, dapat free masa pergi seminar.

Pen kilometricon dah downgrade ke pen Ciba Vision (kompeni supplier) dapat free masa pergi ceramah.

Mungkin ada hikmahnya ni semester terakhir agaknya.

Sebab kalau ada semester lagi satu, mungkin MB akan menulis pakai arang pulak kot.

Dan pelepah burung pipit celup dakwat sotong.

MERANCANG MAJLIS

Masa kecik2, tiap tahun tunggu tarikh 13 Oktober.

Sebab nak sambut birthday party.

Kanak2 punya fikiran.

2minggu sebelum dah koyak mukasurat tengah buku latihan nak tulis guest list.

Biasa buku Pendidikan Jasmani jadi mangsa sebab banyak mukasurat kosong. In fact tak pernah ada isi pun.

Salin nama satu kelas.

Lepastu potong dua tiga nama sebab tak geng. Kecik2 dah diskriminasi.

Tunjuk dekat mak(penyumbang dana) mintak approval.

Mak approve, draf design kek pulak.

Sebab mak buat sendiri so boleh demand (walaupun slalu kena reject).

Sebab walaupun mintak design mickey mouse, tetap dapat aising cake dengan bunga ros pink.

Akhirnya parti tetap berjalan, happy2 makan kek, bukak hadiah n tunggu tahun depan pulak.

Sehinggala mak menghentikan subsidi sambutan harijadi sebab masing2 sudah mumayyiz dan malu muncung2 tiup lilin depan khalayak ramai.

************************

Selepas sepuluh tahun.

Kena korek2 balik ilmu event planning ni.

Upgrade ckit, guest list taip dalam word. Tiada buku yang dmangsakan kali ini.

Tapi kek tetap dari supplier yang sama. Takde dah demand mickey mouse, pandai dah nak demand2 fondant cake. (Mak: Mungkinkah dapat aising kek bunga ros pink lagi?Hee =))

Apa pun, merancang majlis nan satu ni memang rare.

So maaf kalak MB x upadate blog.

Tak cukup gigih macam blogger2 lain sampai ada blog khas pasal merancang majlis.

Tuesday, January 25, 2011

LONGAN VS MATA KUCING

Tepi longkang, pasar malam Indera Mahkota 2.

Pipit2 pulang petang, singgah sebentar di wayar elektrik.

Kena karan kejong tanggung sendiri deyy.

Sementelah seorang gadis duduk menunggu rakan2 yang shopping.

Dasar perempuan dahi jerawat, pantang ada tempat membeli.

Hatta baju kelawar pasar malam pun mampu menceriakan hari yang suram.

Tapi gadis penunggu longkang ini exception.

Usai membeli bihun+ayam X-ray+buah2, gadis mencari port terbaik a.k.a kepala longkang.

Kurang gadis sifatnya.

Dahla shopping sekejap, duduk tepi longkang pulak sambil makan buah ala-ala kutu.

Kulit + biji buang dalam longkang.

Tiada rasa bersalah, biodegradable katanya.

Kalau tak degrade pun sekurang2nya boleh tumbuh pokok dan berjasa pada masyarakat.

Setelah sendawa lebih kurang tiga kali, baru muncul 2,3 orang rakan sepasar malam beliau.

Muncul satu persatu seperti lembu patah tanduk.

Tanpa meminta izin gadis2 tersebut turut membantu gadis longkang menghabiskan buah-buah yang tinggal suku plastik.

"Buah apa tu?" tanya gadis 1.

"Longan..."jawab gadis dua sambil menebuk kulit longan dengan kukunya yang panjang.

"La yeke..ingatkan langsat tadi.." kata gadis 1 lagi sambil berusaha meniru gaya Gadis 2 menebuk kulit longan.

"Lor budak ni, langsat pun tak kenal..."ujar Gadis 2. Gadis longkang tidak campur perbualan tadika tersebut.

Gadis 1 akhirnya berjaya setelah membogelkan buah tersebut setelah kira2 2 liter jus longan meleleh hingga ke siku beliau.

"Kenapa rasa macam mata kucing???!!"

Ptuii!!Gadis longkang meludah biji longan ke dalam longkang.

Penting rupanya lukisan Pendidikan Seni tajuk "Buah-Buahan".

Sunday, January 23, 2011

KAWIN + KENDURI!

Maaf lama x update.

Sedang countdown kawan2 yang menamatkan zaman kegadisan.

Lepasni countdown anak2 kawan pulak.

Beban duit raya bertambah.

Beban mental pun bertambah.

Maka otak beku nak update blog.

Catatan ringkas di satu majlis kenduri kawi, Lundu, Sarawak:

Makcik lipstik merah: Eh tu DayangKu kan? Lama tak nampak dia, dah gemok sekarang.. (sambil menunjuk pada wanita yang dimaksudkan)

Mak Batin: Yeke?(layankan aje dengan gaya saya-x-kenal-makcik-tp-saya-peramah-lagi-baik ati)

Makcik lipstik merah: Yela..makcik dah lama tak balik kampung, sekali sekala balik terkejut tengok kawan-kawan lama, masing2 dah makin bulat...

Mak Batin: Tapi makcik maintain slim je...caya la makcik..

Makcik lipstik merah: Eh mane ada...ehehehe (gelak sambil muncung2 n tepuk bahu Mak Batin)..eh tu suami DayangKu kan?Dia tu dari muda maintain hensem kan, walaupun sekarang dah beruban..makcik memang suka usha dia..

Mak Batin: A'ah, suami DayangKu la tu...ayah saya...

Makcik lipstik merah terus buat2 betulkan tudung. Muka dah sama merah macam lipstik dia.