Friday, March 5, 2010

CERITA SEORANG PELAJAR

Beberapa minggu selepas masuknya wang pembiayaan pelajaran kerajaan Barisan Nasional.


1. Selera tertumpu kepada daging2 eksotik seperti arnab albino dan landak. Tempe dan telur dipandang serong.


2. Keluar hujung minggu ke tempat2 happening sahaja. Membeli belah pun pg section ‘new arrival’. Brg2 diskaun tidak dilayan.


3. ‘Eh aritu aku utang ko 480 USD kan?’ dijawab dengan ‘eh xpe2...byr nanti2 pon xpe’. Ujar Sukiman pada rakannya. Terselit juga di sanubari mahu menghalalkan sahaja hutang tersebut.


4. Mandi dengan shower gel n scrub botol besar boleh pam2. Syampu pon botol besar dengan perapi sekali.


Beberapa minggu menjelang akhir semester.

1. Beli nasik sekali tapi makan 2 kali (bagi 2 utk tengahari n mlm). Lauk pilihan semestinya tempe atau telur berkuahkan sup kosong.


2. Hujung minggu dihabiskan dengan hibernasi di atas katil. Membeli belah di koperasi kolej semata2.


3. ‘Eh aritu ko utang aku 20sen kan?’ Ujar Sukiman kepada rakannya.


4. Mandi dengan sabun buku jenama Fruitale haruman lemon yang dipotong dua untuk menjimatkan penggunaan dan kadangkala turut berfungsi sebagai syampu n pencuci muka juga.


Terima kasih Dato’ Seri Najib.

No comments:

Post a Comment