Friday, March 5, 2010

BIBAH SANG KEKASIH BARU

Abangku seorang penjawat awam yang baru beberapa bulan meyandang jawatan sebagai ...... (tidak disiarkan atas permintaan ramai. Yang pastinya pekerjaan tersebut halal dan mulia)

Pada suatu hari, aku pulang ke rumah dan mendapati beliau mempunyai kekasih baru.

Bibah namanya.

Bibah sungguh putih dan cerah.

Matanya begitu bundar dan bercahaya.

Keningnya mulus, sentiasa bergerak2 apabila hari hujan.

Tubuhnya kecil molek, sesuai dengan abangku yang agak kurang ketinggian.

Abangku tidak pernah meninggalkan Bibah setiap kali meninggalkan rumah.

Ditayangnya Bibah kepada rakan2 dengan rasa bangga.

Dan sekiranya mereka tidak keluar ke mana2, abangku akan memanaskan tubuh Bibah setiap pagi di perkarangan rumah.

Malah memandikannya di halaman rumah.

Bibah oh Bibah.

No comments:

Post a Comment