Thursday, March 11, 2010

LUAHAN HATI GADIS MULIA

Aku melihat dua makhluk di atas lantai.

Sungguh lemah dan kerdil rupanya.

Bila aku mahu menghampiri, lantas mereka malu2 menyorok di bawah katil.

Bila aku tidak melihat, mereka kembali berjalan2 di atas lantai mencari bersuap2 rezeki.

Dek kerana rasa kasih yang mendalam, aku menganggap mereka sebagai rakan sebilik.

Malah menamakan mereka Cici dan Cakcak.

Pernah satu ketika aku menampar nyamuk aedes tidak berdosa yang terbang di hadapanku.

Mayatnya aku letakkan di atas lantai, beralaskan pinggan arkopal bagi menjamu Cici dan Cakcak.

Kini hampir setahun berlalu.

Cici dan Cakcak telah dewasa.

Mereka telah melahirkan zuriat keturunan yang begitu ramai sekali.

Mungkin juga mereka mengutus surat ke kampung halaman dan mengajak seluruh kaum keluarga tinggal di penempatan baru yang telah mereka teroka.

Kemunculan objek bujur hitam pelbagai saiz dengan trademark biji putih halus di atasnya cukup untuk membuktikan pembelotan Cici dan Cakcak.

Aku masih boleh bersabar kerana dididik sejak kecil untuk tidak menyimpan perasaan dendam.

Namun kemuncaknya adalah apabila mereka menjadikan hidangan makan malamku sebagai tandas.

Setelah segala layanan yang aku berikan, ini balasan mereka padaku.

Menyebabkan sepuluh lengan menjadi mangsa gigitanku dek kerana geram.

Kini aku tidak lagi menunggu malam Jumaat seperti yang diajar kedua orang tuaku.

No comments:

Post a Comment