Wednesday, November 3, 2010

EXAM LAGI

Mungkin ini soalan2 begini tesengaja direka untuk menghiburkan pelajar yang stres hendak exam.

Contoh:

Soalan: Salah satu exam unibesiti.

Ali, 30 y.o wishes to be a fireman bla bla bla..

Ulasan: Ya, Ali mengambil masa selama 30tahun sebelum menyedari bahawa minatnya adalah dalam bidang kebakaran dan menyelamatkan gadis2 putus cinta terjun bangunan. Mungkin selepas SPM dulu beliau sesat dalam cahaya mencari arah tuju hidup.


Soalan: Fizik SPM 2004

Beri cadangan pengubahsuaian pada kereta kancil supaya dapat digunakan di Kutub Utara.

Ulasan: Nak bawak kat jalan minitar kampung pun seriau, ada hati nak pegi kutub utara. Cet. Tapi SPM punya pasa MB jawab jugak, end up kereta kancil telah bertukar menjadi prototype kereta perisai. Oh sungguh tiada automotif sense.


Ok ingat dua je. Kalau ada nanti tambah lagi.

Hura2 selepas exam. Yayy!!






EXAM: DULU DAN SEKARANG.

1994: Ujian Akhir Tahun Darjah 1.

Malam sebelum exam: Kemas beg sekolah. Buku teks 5kg dikeluarkan. Dalam beg cuma ada pencil box dan ruang kosong nak letak bekal nasik goreng n teh o utk makan waktu rehat.

Pagi sebelum exam: Makan banyak2 kalau tak mak cakap bebal takleh jwb exam. Senjata amanah mak: pensel 2B mak dah asah tajam2 dengan sharpener ofis.

Sasaran: Paling kurang 95% setiap subjek.


1999: UPSR

Malam sebelum exam: Kemas pencil box. Pensel 2B asah sendiri. Iron baju siap kanji bagai nak nampak smart gaya pelajar cemerlang.

Pagi sebelum exam: Sarapan di Kopitiam dengan ayah (sebab mak takde pegi sambung belajar). Bekal pun beli kat kopitiam.

Sasaran: 5A (sasaran standard pelajar darjah 6 yg pegi Klinik UPSR Berita Haruan)


2002: PMR

Malam sebelum exam: Hura2 dengan rakan asrama. Stay up dengan lampu corridor, cemas sebab tak study.

Pagi sebelum exam: Cemas kemas stationary. Pensel mekanikal lead ngam2 + pen kilometrico sebatang + pemadam. Kalau kena lukis garisan, dah standby nak garis dgn nametag. Sarapan roti canai gulung Dewan Makan (DM): roti canai sapu kuah ckit, gulung cam popia n makan sambil jalan.

Sasaran: 8A (sebab pengetua paksa secara berjemaah)

2004: SPM

Malam sebelum exam: Stadi bersungguh2 sambil menyetinggan di sick bay sekolah (penempatan haram) dengan nescafe bercawan2. Muka serius gila.

Pagi sebelum exam: Stadi lagi sampai depan exam hall dengan nota kecik2 warna warni (Tony Buzan tgh up ms ni). Sarapan nasik goreng masin DM. Stationary lengkap. Tapi tertinggal kalkulator masa exam fizik. Pinjam kawan punya tapi lagi malang sebab die punya berkuasa solar n hari hujan takde matahari so tepaksa pinjam kawan lagi sorang punya so invigilator berdiri sebelah sambil jawab paper fizik klau tak dpt A1 mmg kalkulator pny psl. Deymm.

Sasaran: 10A (pun pengetua paksa secara berjemaah dan pukal)


2010: Final exam final sem unibesiti.

Malam sebelum exam: Baca Blog Serius. Updet blog sendiri. Ketawa2.

Pagi sebelum exam: Sarapan nescafe secawan. Derhaka dengan pesanan mak bahawa bekpes itu penting. Pegi exam mcm zaman PMR, pen sebatang, pensel n kad matrik. Selebet2 takde gaya pelajar cemerlang.

Sasaran: 4flat. Haha terhiburnya tengok sasaran sendiri.

.
.
.
.
.

Loser.

Monday, November 1, 2010

POS RAWAK: STATUS2 FB

FB sekarang dah jadi medan perang, luahan perasaan dan sesi kaunseling percuma.

Oh ya, medan dakwah juga.

Tapi banyak status yang tak sampai maksud.

Bagi orang yang kurang daya penafsiran dan penaakulan, memang susah nak faham status2 macamni.

Contoh:
'I don't want to c u cause I hate u'.

Kabur ok. Tak faham.

Lebih mudah faham jika ditukar kepada:

'Tipah aku benci sebab ko kapel ngn crush sekolah rendah aku. Tanak jumpa ko.'

Tu status menyindir.

Ada jugak jenis status luahan jiwa.

Contoh:

'Arghh banyaknya report kena hantar!'

Buat post macamtu macamla org boleh tolong kan.

Report banyak tapi sempat main FB. Kantoi.

Mesej sebenar adalah:

'Aku cool ok sibuk buat asignment. Baru ada gaya student U.'

Tapi ada baiknya jugak, terutama yg post stataus2 tazkirah, motivasi etc. Yg ini MB tanak ulas.

Tapi all in all, paling keji adalah bloggers2 yang tak habis2 nak kritik status2 fb orang. Haha.

Moral:
Gunala FB dengan betul.

Masalah rumahtangga pegila mahkamah syariah, bukan mencari pengadilan kt FB.

Tak puas hati ngn orang, private msg jela. Jangan sindir2 dekat wall, mengeruhkan air yg dah sekeruh Sg Klang.

Luahan cinta? Sila private msg juga. Jangan meloyakan pihak2 lain terutamanya ibu2 mengandung.

Dakwah dan motivasi? Teruskan usaha anda.

Renung2kan!

(~_~)

Sunday, October 31, 2010

AYAM DAN ITIK

Rentetan bicara di laman sembang maya.

Ayam: Define carbon sequestration 4 me plz?

Itik: Mengekstrak karbon dari air berkarbonat seperti Coca Cola mahupun King Cola ataupun jenama murah seperti Bingo.

**************

Itik: Klau terer, cuba terangkan maksud myopia control?

Ayam: Evolusi popia alaf baru, mi+popia. Perempuan gendut perlu kontrol diri daripada memakan popia tersebut sebab menggemukkan, so jd myopia control.

**************
Ayam: Eh u igt x maksud stoma? sains form3?

Itik: Tak. I igt stroma, middle layer of cornea je.


Tukang kebun vs optometris = ayam vs itik.

(=_=)

Thursday, October 7, 2010

JALAN2 CARI PASAL

Tarikh: Penghujung Ramadhan 2005
6.30 ptg.
Gadis yang baru selesai exam meluru ke bilik mengambil beg balik kampung dan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN dengan gaya menjerit sambil berlari.

6.45 ptg.
Di tepi jalan menunggu bas untuk ke KL sentral. Azan Maghrib, berbuka dengan memasukkan jari dalam hidung untuk membatalkan puasa menelan air liur.

7.30 mlm.
Sampai di KL Sentral. Beli Milo kotak untuk berbuka. Naik komuter ke Nilai.

7.42 mlm
Baru naik komuter.

7.52 mlm
Masih di dalam komuter. Tertidur.

8.03 mlm
Masih di dalam komuter. Mengesat air liur sambil garu2 pipi.

8.15 mlm
Masih dalam komuter. Pandang luar tingkap ala2 cendekiawan sebab x sanggup menghadapi masyarakat selepas peristiwa tidur tangkap leleh depan khalayak ramai.

8.45 mlm.
Tiba di stesen komuter Nilai. Naik bas ke KLIA yg 60% warga Bangladesh mengisi tempat duduknya.

9.00mlm.
Masih di dalam bas.

9.15 mlm
Masih di dalam bas. Tahap keresahan memuncak.

9.30 mlm.
Masih di dalam bas. Melihat ke langit dan nampak kapal terbang. Melambai sambil menangis dalam hati (konfiden je tu flight yg dia miss). Dalam hati mencerca pemandu bas dan pemandu komuter serta Menteri Pengangkutan. diri sendiri.

9.45 mlm.
Selamat tiba di KLIA. Berlari naik lif terus naik ke balai berlepas. Nampak kaunter MAS dan terus berlari tunjuk tiket, dan masih tergamak melontarkan soalan berbunyi:
"Akak flight ni dah terbang ke?"
MH****
Departure time: 2130 hrs.
Akak kaunter MAS kebaya ketat bulu mata palsu cuma mampu tersenyum kesian, tidak tergamak berkata YA.

Walaupun dah tau kena tinggal masih lagi nak wat drama Melayu (imagine: beg terlepas dari tangan, dahi berkerut sambil menitiskan manik2 jernih di pipi sebelum diakhiri dengan jatuh kelantai dan menangis)

Ok itu tipu.

Yang sebenar: gadis berpaling dari kaunter sambil heret beg peserta AF tersingkir dan mencari sudu yang paling sudut.

Wallet Louis Vuitton made in golok dibuka, ada sekeping duit merah SAHAJA.

Ok kali ini real punya, beg terlepas dari tangan, dahi berkerut sambil menitiskan manik2 jernih di pipi sebelum diakhiri dengan jatuh kelantai dan menangis

Bersambung...

Monday, October 4, 2010

CHUA SOI LEK

Di suatu malam yang indah, perbualan anak buah dan auntienya yg gojes.

danieya: auntie tadi kakak beli tudung dekat pesta layang2..

auntie gojes: cantik x, mcm layang2 tak?

(bunyi tapak kaki)

bunyi dekat fon: sdgkwlkejtglskdnvs.,dfm (maksud: bunyi yg tidak difahami)

ayah danieya: kakak, mana auntie nampak tunjuk dekat phone..

sejak malam itu, auntie gojes telah menebuk botol bedak johnson's baby dan menyimpan smua wang kertas seringgit yang beliau miliki dengan azam mengupgrade henpon Chua Soi Lek (CSL) kepada fon 3G.

Sekian.

Friday, September 24, 2010

IDENTITI BLOG

Ada orang tanya kenapa tak buat lifestyle blog.

.............................................

Gosh I need TLC for my wardrobe.

Been wearing the same baju kurung to class.

Same blouse for all occasions.

Some are even torn.

SMSed Senah, Kiah and Tipah the BFFss (XOXO) using my blacknwhite-monophonic-Nokia 3310.

Damn. SMS to Tipah wasn't delivered because I ran out of airtime.

..............

Off we went to our ritual shopping mall: SOGO! Yayy!!

Definitely we go for the discounted labels only.

Kiah bought me a TomGirl top for my birthday present(which was ancient agesss ago).

I know, sweet right?

She knows how much I love TomGirl.

Later we head to pusat pakaian Hari-Hari.

God knows how much comfortable their blouses are.

I 'reward' myself with three pairs or them and spent a whooping Rm60.

And felt guilty T_T

.....................................

Went back home after having lunch at Pertama Complex's food court.

So happy to have spent time with Kiah and Senah.

And yes, sorry Tipah.

I can't even text u now to say sorry cos still haven't reloaded my airtime after those enormous shopping spree.

Enough updating.

Will update tmorrow with picture of me wearing Hari-Hari blouse.

U can wait, will u?

XOXO
Siti Kurniati

.......................................

Agak2 ada orang nak baca ke?

Thursday, September 23, 2010

SEMBANG KENCANG

Dua manusia di sebuah kedai makan.

Gadis 1: Ko tau, raya haritu aku makan banyak sangat. Ketupat setengah periuk aku sorang makan. So sekarang takleh makan banyak2.

Gadis 2: Ala standard la kan raya.. takpe..janji ko cover balik sekarang..

Perbualan pause sebab pelayan datang amik order.

Pelayan: Makan?

Gadis 1: Nasik goreng USA 1...

Gadis 2 beristighfar sambil berdoa rakannya mendapat hidayah.

Wednesday, September 22, 2010

CAYALA KAK SENDUK

Cakap banyak pun x guna.

Layan habis.

Layan....(kak senduk, menjelma!)<--utk klik ok

Monday, September 20, 2010

SOPAN SANTUN

Kenikmatan memblog adalah bila dapat idea mencurah2.

Tangan direct taip mcm flashman.

Bila dah siap, baca balik sambil ketawa.

Blog sendiri, laptop sendiri, brokbeng sendiri (walaupun bulan2 org lain tlg byrkan), so sukahati la kan.

Freedom of expression kata orang putih.

Menulis tanpa spesifikasi bak kata LadyNoe sang Perempuan Jomblo.

Ada hari rasa baik, tulisla stail2 insaf.

Ada hari2 tak berapa baik, tulisla stail2 kak senduk

Ceritale medan bebas, sukahati Mak Batin apa dia nak mengarut.

Tapi.

Mengarut2 pun tetap ada adab.

Pembaca pun kena beradab.

Sekadar pantun, renung2kan.

Pecah kopi kena gigit.
Kalau copy tolong kredit.

Penat menurun weh nk dpt idea.

Sekian bebelan.

Sunday, September 19, 2010

RAYA LAGI.

Pagi.
TV1: Siti Nurhaliza.
TV2: Cerita hantu.
TV3: Siti Nurhaliza.
TV9: Cerita hantu.

Tengahari ckit.
TV1: Cerita hantu.
TV2:Siti Nurhaliza.
TV3: Cerita hantu.
TV9: Siti Nurhaliza.

Petang.
TV1: Siti Nurhaliza.
TV2: Cerita hantu.
TV3: Siti Nurhaliza.
TV9: Cerita hantu.

Malam.
TV1: Cerita hantu.
TV2:Siti Nurhaliza.
TV3: Cerita hantu.
TV9: Siti Nurhaliza.

Dan seterusnya copy paste.

Astro pun sama, x habis2 ulang tayang. Lagi parah channel free raya. Patutla free, ade dua program je selang seli.

Kesudahan?

Anak2 saudara takut nak pegi toilet sebab takut momok (walaupun cite hantu x logik je main kt tibi. ada ke patut hantu bunuh orang sampai darah terpercik2 mcm sirap)

Bibik hafal lagu Nazam Lebaran dan Bukan Cinta Biasa.

Mungkin Mak Batin kena pakat2 dengan rakan sebaya buat program muzikal raya untuk raya taun depan. MRB (Muzikal Raya Batin). Mau join?

RAYA

SELAMAT HARI RAYA KESEPULUH DARI MAK BATIN ,PAK BATIN, KELUARGA DAN SEISI RUMAH.

Maaf dihulur atas segala kata2 keji, hina dan cerca jika ada di blog ini yg telah mencalar emosi mereka2 yang suka sentap.

Jangan lupa puasa enam.

Jangan lupa jogging dan detoks.

Duit2 raya kalau ada lebih bolehla hulur2 seringgit dua.

Kuih2 raya kalau ada simpan2 jugak, market price tinggi dekat2 nak habis Syawal.

Sekian.

Monday, August 30, 2010

BUNGA API

Sebuah entri nostalgia sempena raya dan 1Malaysia.

Kampung Tepi Sungai, Lundu, Sarawak.

Seorang gadis kecil bermain berhampiran longkang rumah.

Siput2 babi yang tidak dapat menyeberang longkang dibantu.

Semut2 yang lemas diselamatkan.

Namun semakin lama gadis kecil semakin bosan.

Kakinya menguis2 lumut hijau yang menempel di gigi longkang. Melekat di hujung selipar jepunnya dan kuku kakinya yg panjang.

"Dum dum dum!!!!"

Bunyi mercun kedengaran di kejauhan.

Anak2 jiran2 yg kaki penuh kudis sedang bermain mercun.

Tiada kesedaran sivik walaupun pelbagai kes putus jari dilaporkan di akhbar saban hari.

Gadis kecil mencebik.

Hatinya sedih.

Kakinya dihentak2 sepanjang jalan masuk ke rumah.

Tocangnya membuai2 kiri dan kanan.

Gaun kembang yang tersarung di tubuhnya berkibar2 ditiup angin.

Matanya kemerahan memandang emak dan ayah yg sedang menonton televisyen.

Hatinya tekad, niatnya nekad.

.................................................

"Mak, nak cabut uban!" katanya pada ibu yang sedang berbaring menonton televisyen.

Mak menoleh.

"Cabutla....harga biasa sehelai 5 sen, garu kelemumur 5 sen..."

Gadis kecil tangkas bersila di hujung kepala ibunya.

Tangannya rakus mencabut2 rambut2 putih sehingga sengal2 jarinya.

Sambil dalam hatinya sentiasa berdoa agar ibunya rambut ibunya memutih seperti ketua menteri Sarawak.

Namun doa gadis kecil tidak dimakbulkan (sehingga sekarang).

.................................

"Mak mak, bangun..." kata gadis kecil pada ibunya yang sudah tertidur.

"Hmmm....cabut berapa banyak dah?" tanya ibunya.

"Uban 38, garu kelemumur doblas kali....maka total RM 2.50..sumpah xde cabut sehelai pastu putuskan jd 2 helai...betul2 cabut 38 tadi.."

"X caye mak tengok satu2 uban tu ade akar lagi..."kata gadis sambil tersengih2 untuk membuktikan dirinya jujur.

"Xpe2 japgi mak tengok. Kalau tipu malam ni xleh tengok tivi.."

"Nah Rm2.50. Nak beli ape ni?" tanya Mak.

"Adala......" jawab gadis sambil berlari mencapai basikalnnya BMX (baca: BMW)yg masih pakai roda kecik kat tayar blakang.

.....................................

"Toke nak ni satu ye..."kata gadis sambil mencapai bungkusan emas di atas rak.

Wanita Cina tua itu mengikut arahan gadis.

"Aiya amoi...angkat yang besar ckit la..tambah 20 sen saja...."kata tokey tersebut menjalankan strategi bisnes.

"Takde duitla tokey...uban mak tak banyak ini hari..."jawab gadis kecil.

"Lain kali lu kasi bubuh bedak maa... lu punya mak tak perasan punya...semacam saja.."kata tokey lagi. Kekejian betul, mengajar kanak2 menipu.

Gadis kecil yang penuh tatasusila tidak mengendahkan ajaran sesat Ayah Pin tokey tersebut.

Selepas mengambil barang yang dibeli, beliau terus memecut BMW pacuan empat rodanya ke rumah.

Gaun kembangnya berkibar lagi.

......................................

Gadis kecil drift masuk ke simpang rumahnya.

Korner baring lutut cecah jalan sampai berapi.

BMW parking baring sebab xde tongkat.

Gadis berlari ke pintu rumah sepantas kilat.

Peluh menitis2 di dahi.

Hatinya puas, dapat membeli barang idamannya dengan hasil titik peluh sendiri.

Ayah, emak dan tiga abangya sedang khusyuk menonton televisyen.

Gadis berkobar2 untuk menunjukkan hasil beliannya.

Gadis menjerit: "Tengok ni Adek beli bunga api!!!Murah Rm 2.50!!!!"

Ayah menoleh.

Emak menoleh.

Abang2 menoleh.

Setelah diam tiga saat..

.
.
.

"HAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

........................

Gadis kecil terus bermain berhampiran longkang rumah.

Masih lagi membantu siput2 babi yang tidak dapat menyeberang longkang.

Terus membantu semut2 yang lemas diselamatkan.

Air mata mengalir di pipi.

........................................

Rentetan perbualan ahli keluarga gadis kecil:

"Hmm bakar la 'bunga api' dia tu, 2, 3 jam baru habis sebatang..."

"Kalu dia main bunga api dia tu, abisla rumah kita bau mcm tokong Cina..."

"Sengal ke ape tokey tu, budak2 beli colok pun die jual jugak..."

"Kesian die kan, penat2 cabut uban tapi tak dapat main bunga api jugak...sia2 je..."

Thursday, August 19, 2010

LONELY N LOSER

Penulis Budu n Belacan kata.

Katanya beliau selalu dapat idea tulis blog bila tengah lonely n rasa loser (lebih kurang begitulah katanya)

Jadi dengan kata lainnya.

Update blog = lonely n loser.

Blog bersawang = kehidupan yang gembira pada masa sawang2 terbentuk di blog.

Tiada blog = kehidupan gembira secara total.

Maka? Kita buat case study.

Penulis blog www.ceritale.blogspot.com (nama dirahsiakan) 23/F/M

Purata sebulan update dalam 10 post.

Maka 10 hari lonely n loser, 20 hari gembira.

Berikut interview MB dengan penulis ceritale.blogspot.


MB: Benarkah anda memblog semasa lonely n loser?

Penulis: Ada kebenarannya.

MB: Boleh terangkan dengan lebih mendalam?

Penulis: Kerana bila saya lonely saya perlu menghiburkan diri. Sebab saya syok sendiri, saya buat lawak sendiri kemudian ketawa sendiri2.

MB: Aneh sekali sikap kamu ya. Adakah kehidupan kamu penuh duka lara seperti si Bawang Putih?

Penulis: Oh tidak, hidup saya dikelilingi manusia gojes, gunjingan dan bajingan. Saya gembira.

MB: Jadi kenapa kamu memblog?

Penulis: Sukahati aku la nak blogging ke x. Ko tanye byk2 ni knape?
Gi update blog! Lonely n loser!


Interview tamat.

Kesimpulan: Updatela blog selalu2. Bosan xde benda nak bc.

Wednesday, August 18, 2010

INSAF

Ramadhan bulan yang sibuk (maka bersawanglah blog ini).

Catitan pendek:

Seorang optometris berlegar2 di lobi klinik mewah kerana tiada pesakit untuk dilihat pada hari tersebut.

Kelihatan beberapa pesakit yang sudah selesai dengan tujuan masing2 di lobi itu juga.

Ada yang bergembira dengan spek baru sambil membaca segala papan tanda klinik (kes show off VA 6/6)

Tidak kurang yang membelek2 mata di cermin melihat samada kanta lekap masih melekap atau sudah terpelanting mahupun tersesar dari lokasi asal, sambil memuji2 kecantikan diri sendiri.

"Ah, ragam pesakit..."keluh optometris tanpa suara.

Otaknya kering tanpa glukos, tekaknya hambar tanpa air.

Maka sang optometris yang tiada arah tujuan berdiri di hadapan magazine display bagi menghiburkan lara hati.

Membelek2 bahan bacaan.

Sehelai demi sehelai kertas glossy itu dibelek penuh minat dan nafsu.

"Ketap ketap ketap..."ujar kakinya mengetap2 ke lantai (tapping feet, tidak tahu bagaimana mengungkapnya dengan cara lebih baik)

5 minit berlalu.

Tanpa sedar beberapa pasang mata memerhatikan tingkah lakunya.

Kata sang ibu pada anaknya:

"Kakak tengok doktor tu rajin baca buku...kakak kena rajin2 baca buku kalau nak jadi doktor jugak.."

Sungguh innocent.

Sang optometris sentap.

Katalog Nutrimetics dilipat2 kecil dan dimasukkan ke dalam poket whitecoat sebelum beredar sambil tersipu2 kepada pasangan anak beranak tersebut untuk cover line.

Kata hati:"Yes makcik, hari2 saya baca katalog sebab tu saya pandai!"

Friday, August 13, 2010

MENANG AWARD


Mak Batin speechless ala2 Siti Nurhaliza menang bintang RTM.

Mungkin lepas ni ada peminat akan ikot gaya telinga panjang n kedutkan muka sebab itulah definisi cantik yang terbaru (yang bertudung sila simpul2 telinga sebelum pakai tudung takut terkeluar. telinga itu aurat)

Sebagai penerima award maka MB harus melakukan seperti yg diarahkan pemberi award:

1) Thank and link the person that give you the award.

Si Cantik Ezzah Enchanted aka Pakupa. Gadis ni dari dulu memang pemurah suka bagi award. Siti Nurhaliza dan Anita Sarawak dapat AIM dulu pun atas hasil usaha dia. Thank you Ezzah! Aku doakan ko dapat jodoh seganteng Jacob.


2) Pass this award on to 15 bloggers you've recently discovered and thought are fantastic.

Ok seriusly MB tiada calon kerana baru2 ini jarang mengexplore blog2 (ah kereknya statement). Mungkin borang permohonan award akan dibuka selepas ini bagi sesiapa yg berminat.


3) Contact the owner and let them know that they've won the award
MB: Eh belog ko menang award aku bagi nih. Cantikkah?
Owner: (sila isi jwpn anda)


4) State 5 things about yourself
Susahnya. soalan terlalu general, 5 tidak cukup. Tapi memandangkan bulan Ramadhan, kita buat versi Ramadhan Al Mubarak la ye.

1.Cantik. Lagi nak deny ke?(apa kaitan ngn Ramadhan tah)
2.Tadi berbuka makan ikan bakar percik harga RM2.50.
3. Sahur makan nasik, berbuka makan nasik. Menempah jalan menjadi king kong di hari raya.
4. Hari2 pau kurma orang watu berbuka sebab tak beli sendiri punya. (Niat ada dah, x kesampaian je)
5. Belum merasa berbuka ngn insan2 tersayang. Haish...



OK saya sudah melunaskan tanggungjawab. Nak pegi press conference pulak bagi mengulas kemenangan MB.

Monday, August 9, 2010

TOPENG2 KEHIDUPAN

Hidup manusia penuh dengan ragam.

Manusia pelakon hebat.

Masing2 ada topeng yang digunapakai dalam pelbagai situasi.

The very the convenient.

..........................................................

Kita melihat yang zahir.

Melalui kehidupan seharian, melihat lakonan2 manusia sekeliling.

Lantas membuat pengadilan di mahkamah ciptaan kita sendiri.

Kitalah hakim paling berkuasa, menghukum dan menilai mengikut citarasa masing2.

......................................................

Tiada siapa akan menghalang, mahupun menafikan penghakiman tersebut.

Teruskan hidup dalam penilaian2 dangkal.

........................................

Apa yang kita hakimi tidak selalunya betul.

Malah biasanya salah.

Kerana kita sering dikaburi TOPENG2 KEHIDUPAN.

...................................................

Hakimilah diri sendiri.

Kerana kita lebih mengetahui topeng yang kita tonjolkan.

Dan kita lebih tahu.

Wajah sebenar di sebalik topeng itu.

Monday, August 2, 2010

NAIK BAS

Perkara2 jengkel yang dilakukan rakyat Malaysia di atas bas.

1. Naik bas pukul 10.31. Tiket 10.30. Lepastu suruh drebar tunggu kejap sebab nak turun beli gula2,asamboi dan minyak angin takut mabuk darat.

2. Melambai2 kaum kerabat yang hantar kat terminal dengan penuh perasaan ala2 Madonna nyanyi Dont Cry For Me Argentina, sampai terkena kepala kawan sebelah. Kalau yang boyfriend/girlfriend hantar, ade sesi mengepos dan menangkap ciuman terbang. Sangat geli.

3. Menurunkan seat tanpa mengambil kira perasaan manusia di belakang yang obesiti (yang akhirnya tersepit di celah2 seat seperti burger ayam special )

4. Manusia tersepit itu pula mengambil pendekatan balas dendam seperti kentut senyap2 tapi bau cam ~~~~(tahap wajib istinjak)

5. Makan di dalam bas. Makanan berbau kuat. Rangup pulak tu. Menganggu ketenteraman kawan di sebelah.

6. Disudahi dengan tidur berdengkur, meleleh air liur di bahu rakan sebelah.

Sekiranya berjumpa manusia seperti ini tiada salahnya berpakat dengan drebar bas untuk menurunkan beliau di pusat rehat dan rawat yang berhampiran.

Wednesday, July 28, 2010

OTAK TERTINGGAL

Kelas muzik memang best.

Lagi2 masa tahap rendah.

Cikgu tulis lagu dekat papan hijau, budak2 salin dalam buku.

Pensel tumpul tulis tekan sampai buku berbekas.

Lepastu cikgu suruh lukis gamba yang berkaitan dengan lagu.
Kalau lagu burung tiong, kena lukis burung tiong.

Walaupun end product berupa burung planet Marikh.

Yang xda pensel kaler pegi pinjam dengan kawan.

Kawan yang kedekut akan kata:

"Mak kite pesan jgn bagi kawan pinjam.."

Yang mulia ckit akan kata:
"Mak kite pesan nak guna boleh tapi jgn tekan kuat2...lepastu susun balik ikut tone colour mengikut spektrum pelangi.."

Harga pasaran Luna ketika itu:RM3.90. Boleh sekali makan nasik kat kafe biawak terapung.

Fine, intro yg tiada kaitan.

Sekadar teringat.

Lagu yg Cikgu Ramlee ajar, yg masih berbekas sampai sekarang.

(Selain lagu Aku Burung Tiong dan Ais Kacang dan Tiga Sahabat)
Quote ckit, full lyrics x ingat.

"Masa juga...kan berlalu tak menunggu kita...."


..................

Kalau masa dah berlalu empat tahun.



Jangan biarkan otak tertinggal dua tahun kebelakang.

Sunday, July 25, 2010

SMS

SMS.
Short Messsaging Service.

Ye Mak Batin tau maksud short.

Tapi jangan sampai lupa budi bahasa n logik.

Contoh2 yang menyakitkan hati:
Slm kak. Nati akak jgn lupa bla bla bla....

Bila perempuan baru bangun tido petang sebab terjaga dengar perempuan lain mengilai mcm kuntilanak, secara aslinya perempuan tersebut berada dalam mud yg rapuh.

Apatah lagi bila dipanggil akak. Terasa tua gitu.

Ditambah lagi bila membaca msg tanpa hujung pangkal penuh dengan arahan.

Maka dengan emosi kering msg tersebut akn dbalas:

Slm. ni sape

..
.
.
.
.

Siti. Takpela abaikan msg sy td sbb xpasti lagi.
.
.
.
.
.
.

Wah. Siti Nurhaliza ke?

Ko ingat ko sorang je Siti?

Ko igt aku yellow pages ade save num smua orang?

(Nokia Cokia ok, memory x byk)

Ape yg xpastinye?

Haish.

Moral.

Kalau nak msg untuk urusan rasmi, sila:

1. Perkenalkan diri.

2. Eh sebelum tu bg slm dulu. Atau ape2 yg sesuai.

3. Nyatakan tujuan. Untuk program apa. Kerana individu yg dihubungi tidak terlibat dengan program anda semata2. Presiden Persatuan Penganyam Ketupat mungkin juga Exco Kehormat Persatuan Poco2.

Sekian, terima kasih.

Saturday, July 24, 2010

RAWAK.

Saya gembira memblog.

Saya harap kamu gembira baca blog saya.

Bila kamu gembira baca blog saya, saya gembira untuk memblog.

Bila saya gembira untuk memblog, baru saya akan buat entri baru.


"Ceritale semakin hambar. Penulisnya malas!Saya tertidur sambl membacanya."
Mysara, 1 1/2 tahun.

Bila saya buat entri baru, saya akan gembira.

Harap kamu gembira juga.

GEMBIRA!

Perkataan gembira bila disebut berkali2 lucu juga bunyinya.

Thursday, July 15, 2010

BULU-BULU BULUPHOBIA

Siri pendidikan kecantikan eh kesihatan dari Mak Batin.

Bulu tidak dicipta untuk disimpan ok.

Seperti semak samun juga.

Kalu berlebihan, kena buang.

Kalau tebal, kena cukur.

Motif gambar ini? ...(Kening ok, kening)..


Berbalik pada tajuk bulu.

Kalau songsang kena cabut.

Semasa MB memilih untuk menjadi seorang optometris.

Tidak pernah MB terfikir.

Bahawa mencabut bulu adalah tugas yang bakal dipikul!

Hah.

So sekarang MB berusaha mengatasi 'buluphobia' demi kesejahteraan umat sejagat.

Untuk maklumat lanjut, sila klik sini: MAK BATIN CANTIK

Tuesday, July 13, 2010

AKU KATA KAU, KAU KATA AKU

Di dalam kereta.

Selepas seharian keletihan membuat tuntutan hidup sang pelajar budiman.

Empat gadis berbual tidak mesra.

Keletihan agaknya.

Semasa menunggu lampu isyarat bertukar hijau, empat gadis mengambil kesempatan menganalisa punggung.

Bukan punggung masing2 ye. Punggung kereta hadapan.

Sila bersihkan fikiran atau mengambil wudhu sekarang sapa2 yg fikir keji.


Kata gadis pertama: Hmm, seperti wajah orang yg angkuh. Kening terangkat, mata garang.

Kata gadis kedua: Tak la...cantik tu...smiling face!

Kata gadis ketiga: Huh. Gadis pertama pesimis. Gadis kedua optimis!

Kata gadis pertama dan kedua: Dan kamu judgemental..

(Gadis keempat tidak termasuk sebab sibuk menakung air liur basi)

Lampu isyarat bertukar hijau.

Masuk gear, lepas clutch, tekan minyak.

Tiada lagi perbualan.

OK MAK BATIN SERIUS SILA SERIUS JUGA

Siapa2 yang berada di sekitar Kuantan.

(Kuantan ni letaknya di Pahang ok, bukan Manchester)

Dan berminat memakai kanta sentuh atau nama glamernya contact lens, sekaligus mendapat konsultasi dari mereka yg bertauliah.

Takda motif bisnes ok. Serius.

Sila kontek MB secepat mungkin.

Terima kasih.

Monday, July 12, 2010

KEGADISAN SEORANG NENEK

Gadis2 di luar sana, sila bersedia utk menggigit jari.

Ataupun lari sembam muka atas katil ala-ala Saloma yang kecewa sebab mak dia terima Pinangan Sarip Dol samseng Kg Dusun.

This one nenek is very meletopss (influence K.Senduk punya stail la ni).

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok ini gambar semasa beliau anak dara. Fine, MB x tau status kedaraan dia masa ni.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Gambar setelah menjadi mak juga nenek sang dara. Haish. Sekiranya beliau berlari di pantai, mungkin cuma rambutnya yang bergoyang.



Mungkin benar kecantikan boleh dibeli.

Botox tak murah. Jus Diet Mate Dr Rozmey x murah. Tiket wayang muvie 2Alam pun x murah.

~~~~~~~~ -_-


Thursday, July 8, 2010

APA ADA PADA SERIBU?

Seribu.

Kalau duit, boleh bawak g melancong kat Serikin (kalau xtau sila Gugel).

Seribu.

Kalau koloni semut dah cukup banyak untuk mengangkut satu bangkai cicak.

Seribu.

Kalau bilangan bulu ketiak dah wajib cukur.

Seribu.

Kalau jumlah pengunjung blog.

Maksudnya dah tiba masanya utk wat sesuatu yang baru.

(Cara subtle utk meraikan pencapaian blog.Hehe)

Apa barang baru seribu dah kecoh...

JURANG WAKTU MEMBEZAKAN KAU DAN AKU.

1995

Dua kanak2 perempuan berusia 8 tahun baru pulang dari kelas fardhu ain.

Kecil2 sudah menunjukkan sikap rebel, mereka tidak terus pulang ke rumah sejurus habis kelas.

Sebaliknya, duduk di buaian sebuah taman permainan yang baru dibuka di kawasan tempat tinggal mereka.

Basikal jenama Raleigh yang tidak bertongkat terbaring di atas tanah.

Angin bertiup perlahan, tiada manusia lain kelihatan di taman tersebut kecuali mereka berdua dan beberapa burung tiong yang sedang membuang air besar di atas kereta Ah Hab tokey bengkel kereta.

Bunyi buaian yang mereka hayunkan berkeriut.

"Keriut..keriut..."kata buaian itu.

............................................

"Aku takutla nak pegi fardhu ain esok, doa iftitah tak hafal lagi..." ujar Pina si gadis montel.

"Aku pun takut, aku x hafal lagi huruf2 idgham ma'alghunnah.." balas Nana sambil melihat kukunya yang panjang dan ada sedikit cela hitam di celahnya.

"Ah sukarnya hidup menjadi gadis 8tahun!!" jerit Pina sampil menggoncang2 buaian. Hampir2 gempa bumi daerah Lundu angkara perbuatan beliau.

Tiong2 bertempiaran tanpa sempat beristinjak.

"Aku x sabar nak jadi org besar. Masuk U, pegi kelas bawak fail kepit kt dada, boleh tulis pakai pen mcm2 kaler..xpayah asah2 pensel dah.."tambah Pina lagi.

"Tu la mak aku selalu cakap belajar rajin2 nati boleh pakai topi segi empat..kalau masukU baru leh pakai topi segiempat...."balas Nana.

"Eh dulu masa tadika bukan kita pakai topi segiempat ke masa amik hadiah?" ujar Pina lagi.

Nana berfikir menggaru2 kepala yang ditutupi tudung herot berot rambut terkeluar. Typical kanak2 8thn.

"Yang tu x aci...sebab x masuk U...kalau masuk U pakai topi segi empat mahal beli kt obesi...yang tadika tu cikgu je yg buat.." balas Nana untuk membuktikan dirinya berilmu.

"O yeke....."balas Pina yang mudah tertipu.

Perbualan tamat di situ disudahi dengan sesi menghafal doa iftitah bersama2.


2010.

Lundu, Sarawak.

"Allahumma solli 'ala Muhammad..."

Suara merdu berkumandang sambil tangannya menghayun buaian.

Kakinya dilunjurkan, kepenatan membuat kerja rumah sepanjang hari.

"Oi Pina...keling karpet datang kutip utang karpet...." jerit satu suara dari tingkat bawah.

Suara kakak ipar yang turut tinggal di rumah tersebut.

Pina bangkit dan membetulkan simpulan kain batik. Meluru ke poket seluar suaminya dan mengambil wang secukupnya.

"Hidup perlu terus,hutang kena bayar.."getusnya dalam hati.

.........................................

Pada masa yg sama.

Di Kuantan, Pahang.

"Wahai Cik Nana bangun la pegi kelas..."ujar roomate yg berhati mulia.

"Huahhh..."itu sahaja yang mampu diucapkan manusia separuh sedar tersebut.

Usai mandi, gadis tersebut berpakaian seadanya.

Mencapai sebatang pen di atas meja (semata2 utk sain attendance).

Dan pendrive utk save nota kuliah.

Tiada fail dikepit di dada.

Tiada pen pelbagai warna.

...........................................................

Apa yang pasti, mereka masih hafal doa iftitah sampai sekarang.

MENCARI RENTAK HIDUP

Post melankolik dari seorang gadis tak keruan.

Apa yang kita cari dalam hidup?

Bagaimana harus mendasari hidup?

Kalau didasarkan dengan education:

Bila ada degree,nak master.Ada master, nk Ph.D. Dah ada Ph.D nak jadi angkasawan wanita pertama Malaysia pulak.

Entah bila akan puas.

Kalau didasarkan dengan duit:

Ada ratus ribu nak juta. Ada juta nak kalahkan Donald Trump pulak.

Haish.

Sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan.


Wednesday, July 7, 2010

BELI-BELAH TINGKAP 2

MB dan tunangannya Pak Batin (PB) membeli belah di sebuah pusat membeli belah di Shah Alam.

Niat di hati mahu beli belah tingkap lagi.

Kali ini mebeli-belah tingkapkan (cikgu BM ampunkan aku) komputer riba encikPB .

Sambil menyelam kita minum neskepe, alang-alang berada di tingkat menjual barangan berteknologi alaf baru mutakhir, MB survey2 stylus telefon bimbit.

Dan perbualan terhina ini berlaku, antara MB dan gadis kedai henpon rambut rebonding eyeshadow gold picisan.

MB: ~~[Ternganga (ok itu habit smua org tau) di hadapan longgokan stylus yang menggunung kinabalu]~~

Gadis rebonding eyeshadow gold picisan: Ye kak carik styus utk model ape?

MB: Arr... i-phone..

Gadis rebonding eyeshadow gold picisan: China set ke?

Ciss durjana sungguh. Ingat MB x mampu ke pakai i-phone ori??

p/s: kadangkala hakikat itu lagi pahit dari tersembur minyak wangi dalam mulut.

MEMBELI BELAH TINGKAP

Suatu hari semasa sedang menghidap sindrom kurang wang akut tahap awal (mild acute money deficiency syndrome), MB cuma mampu membeli belah melalui tingkap (window shopping).

Modus operandi biasa: masuk butik2, belek2 baju, try sepasang dua dekat fitting room,lepastu komplen saiz x ngam. Laz skali beredar dengan rasa puas sambil memberi harapan pada tuan kedai akan kembali lagi.

Namun sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh tersembam juga.

Ikutilah siri rentetan tumpasnya seorang pe"window shopping" tegar. (baca dengan nada iklan drama RTM)

MB: (Masuk butik dengan handbag besar dan kasut tumit tinggi. Kontrol wajah seperti dalam wallet ada RM3K)

Sales Assistant (SA): Ye cik, carik aper?

MB: Erm..kurung moden ada x? Stok2 nak wat baju raya....(sambil merangka modus operandi biasa.TRY, KOMPLEN, CABUT).

SA: Banyak kak..tapi yang saiz kecik2 semua kat depan...

Saiz kecik?Hati MB berbunga riang.

Hasil akhir: modus operandi aborted.

MB keluar butik dengan paperbag berisi tiga kurung moden bersaiz S, yang tidak dicuba di fitting room,bajet2 muat saiz S sebab dipuji sales assistant bertubuh kecil molek.

P/S: MB disahkan menghidap severe money deficiency syndrome selepas kejadian tersebut.

Sunday, June 13, 2010

OH SUNGGUH BENAR.

Copy paste ok. Kredit to Amazing Nara

Dear Tech Support,

Last year, I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a distinct slow down in overall system performance, particularly in the flower and jewelry applications, which operated flawlessly under Boyfriend 5.0.
In addition, Husband 1.0 uninstalled many other valuable programs, such as
Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, and then installed undesirable programs such as
NBA 5.0,
NFL 3.0 and
Golf Clubs 4.1.
Conversation 8.0 no longer runs, and HouseCleaning 2.6 simply crashes the system.
Please note that I have tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.
What can I do?
Signed,
Desperate.

Baca artikel ini sepenuhnya untuk tahu apa jawapannya

DEAR DESPERATE,
First, keep in mind,
Boyfriend 5.0 is an Entertainment Package, while Husband 1.0 is an operating system.
Please enter command: ithoughtyoulovedme.HTML, try to download Tears 6.2, and do not forget to install the Guilt 3.0 update.
If those applications work as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewelry 2.0 and Flowers 3.5.
However, remember, overuse of the above application can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 2.5, Happy Hour 7.0, or Beer 6.1.
Please note that Beer 6.1 is a very bad program that will download the Snoring Loudly Beta.
Whatever you do, DO NOT under any circumstances install Mother-In-Law 1.0 (it runs a virus in the background that will eventually seize control of all your system resources.)
In addition, please do not attempt to reinstall the Boyfriend 5.0 program. This is an unsupported application and will crash Husband 1.0.
In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have limited memory and cannot learn new applications quickly. You might consider buying additional software to improve memory and performance. We recommend Cooking 3.0 and Hot Lingerie 7.7.

Good Luck!

Tech Support


Renung2kan dan selamat beramal!(ujar MB dengan wajah manja)

GERSANG

Sekali sekala buat post dengan tajuk berunsur keji.

Sepasang suami isteri lingkungan pertengahan 50-an sedang melayari internet.

Selepas bosan menjadi stalker di facebook, mereka mengambil keputusan bermain youtube.

Puan DJ: "Bob pasangla lagu mase kita bercinta dulu2..."

Encik MA: " Ok2 I pasang lagu Penantian dari kumpulan Harmoni ye sayang.."

Taste mereka lebih terarah kepada benda2 old school. Geng2 tengok berita RTM.

Maka Encik MA pun menaip Penantian di laman youtube maka terpampanglah video klip lagu tersebut.

Mereka bersorak gembira kerana berjaya mencari lagu tersebut dengan mudah.

Setelah menutup tingkap dan pintu rumah, mereka pun head banging dan shuffle dengan riang ria.

Terutamanya Puan DJ yg menunjukkan bakat shuffle yang terpendam.

Setelah puas head banging dan shuffle, Puan DJ request lagu kedua pula.

Maka beliau merequest lagu Masih Aku Terasa dari kumpulan Gersang.

Encik MA yang sudah expert melayari internet pun menaip Gersang di youtube.

Hasilnya?









Maka malam itu mereka berehat dari internet dan solat berjemaah di masjid.




BIBIK LAGI

MB suka bibik seperti ini.

Bila MB mahu cuci pinggan dia berkata:

"Ngak apa buk...biar saya aja yang basuh pinggannya...buk cuci tangan aja ya.."

Bila MB pegang batang penyapu dia berkata:

"Ngak usah disapu lantainya buk...biar saya aja yang buat..."

Bila MB angkat bakul baju kotor dia berkata:

"Ngak apa buk..biar aja biar saya yang cuci..."

Tapi MB x suka bila.

Suami mintak tolong picit belakang:

"Ngak apa buk biar saya aja yang picit..."

Thursday, June 10, 2010

BELON

Sikap rakyat Malaysia golongan kelas pertengahan makan gaji bila naik kapal terbang.

1. Kalau naik Malaysia Airlines, jadi orang pertama naik kapal terbang, lepastu amik semua newspaper dekat pintu masuk tanpa mengira bahasa (didasarkan semangat 1Malaysia). Rugi tak amik sebab benda free. Kalau tak baca pun sekurang2nya boleh buat bungkus belacan atau bungkus ole2 pasu Sarawak atau terubuk masin ntuk org kampung.

2. Tengok pramugari buat demo keselamatan dengan bersungguh2. Lagi2 kalau pramugari cutting ala-ala Rozita Che Wan. Tapi kalau tanya balik apa pramugari cakap x tau pulak.

3. Kalau naik MAS:
Pramugari: Would you like fish n salad or nasi lemak with chicken rendang?
Penumpang: Can I have both please?

Kalau aik Air Asia:
Pramugari: Would you like to buy food or beverages sir?
Penumpang: ~~~~(buat2 tido). Sanggup menahan dahaga sebab taknak beli coke RM3 setin.

4. Sedaya upaya nak duduk tepi tingkap, bajet2 boleh nampak bumbung rumah dia.

5. Sentiasa mahu jadi orang pertama masuk n orang pertama keluar. Macamla kena berdiri sebab takde seat kalau masuk lambat.

6. Bukak henpon sebaik sahaja tayar kapal terbang mencecah buli. Mentaliti: kalau bukak atas darat takpe, kalau nak crash pun dah atas darat.

7. Saiz beg tangan bertambah 2x ganda lepas turun kapal terbang especially kalau naik MAS. Isi kandungan tambahan: sudu garfu, makanan tak habis, majalah in-flight free, sikat n sewing kit MAS, gula2 free, tisu, beg muntah...

8. Gelabah bila nampak beg masa nak claim baggage. Sanggup berlari rempuh orang bila nampak beg dah lalu depan dia. Macamla beg tu lalu sekali je.

Monday, May 24, 2010

MAK BATIN MENCUBIT

Sebuah post didekasikan kepada pekerja tak efisien, pelajar tak berinisiatif dan surirumah kurang proaktif.

Kita biasa dengar.

"Pompuan tu nampak jer baik, tapi hipokrit. Belakang kita perangai cam ape je"-dialog Persatuan Penganyam Ketupat

"Awak hipokrit!Awak cuma mahukan harta saya!"-dialog drama Melayu malam Sabtu

"Mak Batin hipokrit! Letak gambar profil hodoh padahal muka mcm Jessica Alba!" -ujar ikan patin kepada ikan sardin. Boleh rujuk kotak aduan.

Manusia yang cakap orang hipokrit, pasti ke anda tak hipokrit?

(Contoh terdekat: sang ikan patin yang letak gambar pandang kamera atas siap edit photoshop jadi profile pic FB)

Sakit tak MB cubit?

Sunday, May 23, 2010

REPEKAN LARUT MALAM

Bila jiwa tengah kacau, idea jadi bantut.

Maka bila da dapat pedoman, idea nak menulis mula muncul.

Walaupun masih malu2 nak keluar macam membuang najis sembelit.

Baik sembelit dari tersumbat terus kan?

Sunday, May 2, 2010

AYAM JEPON IKAN TERMENUNG

9.03 am

Rynawijaya bangun dari peraduan.

Sambil menggosok2 mata beliau menuju ke meja makan.

Mak andak dan tok leha sudah memulakan sesi sembang pagi. 90% hampir pasti mengumpat.

"Beli pa harini mak andak?" kata Rynawijaya dlm loghat utara yang pelat.

"Nasik lemak ngn kueyteow. Mai makan. Mak Andak amik free dekat kdai mak anjang hang td.."

Bunyi mesin bajuh sedang memutar pakaian bergema.

Ibu ayam yang baru kluar wad bersalin mula membawa anak2nya mencari makan.

Rynawijaya mencapai sebungkus nasi lemak dan mencapai sudu dan memulakan suapan.

Sesi sembang pagi diteruskan. 100% mengumpat.

********

9.03 pagi

"Tengahari ni nak makan pa plak Mak Andak?"

Nasi lemak pagi tadi belum sampai ke usus besar, Rinawijaya sudah mencongak2 makan tengahari pula.

Tergamak pula menyimpan impian memiliki tubuh seperti Rozita Che Wan.

"Habaq dah kat Ana tadi beli ikan termenung.."

Mak Andak membalas sambil mengikat rambutnya yang menggerbang.

Mungkin Tok Leha mengidam makan Mamee Slrpp berlebihan semasa mengandungkan beliau.

"Kita ni hari2 makan ikan termunung na. Tu pasai kita dok termenung hari2.."

Mak Andak menambah. Rambut mamee slrrpnya sudah terikat rapi.

Ayam yang baru kluar wad bersalin masih meneruskan sesi lecture beliau bertajuk cara2 mencakar tanah.

Turut kelihatan bapak ayam jepon yang tidak pernah bertanggungjawab atas kelahiran anak2nya.

Bil wad bersalin pun bertunggak. Nafkah tidak diberi.

Tapi terdengar gossip oleh ayam2 makcik bahawa isteri2nya sudah memfailkan saman di Mahkamah.

Tanpa rasa bersalah ayam tersebut mundar mandir di bawah tangga.

Rynawijaya memandang Mak Andak dengan pandangan penuh erti.

Mak Andak memahami jelingan tersebut.

Maka masing2 mula menjalankan peranan.

Segenggam berasa dan jerat tali digenggam erat.

Dengan uniform baju kelawar, mereka melangkah penuh yakin.

*****

9.45 pagi.

"Kurrr kurr kurrr..."

Muncung mulut Rinawijaya memujuk ayam jepon. Bibir tebal semakin terserlah.

"Mai la ayam oi..kami tak larat makan ikan termenung ni..."

Pujuk Mak Andak pula. Mungkin beliau menjangka ayam tersebut telah lulus ijazah PJJ bahasa manusia dengan kepujian kelas atas.

Ayam jepon menghampiri. Rakus mematuk beras nasional 15% hancur.

"Kurrr kurrr kurrr..."

"Mai ayam.mai dekat kit..."

Dan semakin hampir. Rynawijaya sudah bersedia dengan kemungkinan akan menyauk ayam tersebut dengan baju kelawarnya yang labuh itu.

Di matanya terbayang2 gulai ayam campur batang pisang.

Gambaran ikan termenung telah ditransfer ke recycle bin.

******

12.30 tengahari

Rynawijaya dan Mak Andak menyuap nasi dengan perlahan.

Ikan termenung dicubit manja.

"Dengaq kata nak masak lauk gulai ayam?" tanya ayah Rynawijaya.

"Hang nak kena penampaq?" balas Mak Andak dengan bibir yang bengkak terkena simen.

Tuesday, April 13, 2010

AZAM, ILTIZAM DAN AIR ZAM-ZAM

Cangkul digenggam erat.

Peluh yang menitis di ubun-ubun dikesat.

Menitis ke bucu tudung bawal n01 .

Rynawijaya tersenyum.

Azamnya mahu habis mencangkul batas2 untuk menanam kembali bendi.

Kelmarin sudah ditebang pohon2 bendi lama.

Buahnya sudah dijual pada Nan penjual sayur.

Wangnya sudah disimpan di dalam tabung tiang katil.

Rinawijaya merenung kuku kakinya yang kehitaman dimamah tanah.

Sayup kedengaran bunyi bayi menangis.

Rynawijaya berlari ke dalam rumah.

Apakah yang terjadi pada Rinawijaya?

Adakah beliau sudah berumahtangga?

Siapakah anak kecil yang menangis itu?

Bersambung...

Tuesday, April 6, 2010

DUIT

Sukinayato bangun tido jam sepuluh pagi.

Sambil menggaru2 perut, Sukinayato menghantar mesej kepada jejaka kesayangannya.

Sukiyanato menggunakan daya penaakulan sambil menaip kerana mata x mampu dibuka lagi (masih melekat dengan sisa kumbahan najis)

Tiittt! Henpon yang tiada kamera walaupun 0.5 megapixel tu menjerit.

Message sending failed katanya.

Henpon tersebut dengan keypad yg da x nampak nombor tersenyum sumbing mengejek tahap kewangan Sukinayato.

"Arghh, ko senyap Nokia Cokia (nama yang diberi semasa henpon tersebut diwarisi dari arwah nenek). Sekurang-kurangnya ko lagi mulia dpd pengguna Blackberry Storm tp xde kredit!" bebel Sukinayato.

Nokia Cokia terus mematikan lampu dirinya tanda patuh pada tuan.

Sukiyanato bingkas. Perut dan henpon minta diisi.

Selepas mandi ala kadar dengan sabun fruitale lemon top-to-toe, Sukinayato bergegas ke kiosk isi-semula prabayar.

Sukinayato mengeluh. Setiap hari beliau mengisi semula nilai panggilan telefon tapi syarikat telekomunikasi tersebut tidak pernah memberi ganjaran seperti ekuiti saham 50%.

Mahupun biasiswa pengajian sehingga Sukinayato terpaksa mengikis wang kerajaan.

Sebagai tanda protes terhadap syarikat telekomunikasi tersebut, Sukinayato membuat keputusan membeli isian semula bernilai rm5 sahaja.

Keping 5 ringgit terakhir dimasukkan ke slot "masukkan wang di sini" atau Sukinayato kenali sebagai "habiskan sisa2 wangmu di sisi".

2 saat berlalu.

Titttt...wang tersebut dimuntahkan kembali oleh kiosk tersebut.

Sukinayato mencuba lagi.

Titt...sekali lagi mesin itu mereject duit Sukinayato.

"Mesin ni cirit birit ke...asek2 muntah je.."bebel Sukinayato.

Sukinayato tidak putus asa dan mencuba lagi.

Titt...keluar lagi.

Kemudian Sukinayato terperasan wang tersebut koyak di bucu hujungnya.

Sukinayato lipat duit tersebut kemas2, masuk balik dalam poket jeans dan sinsing lengan baju.

Bersambung...

Saturday, April 3, 2010

SETIMPALKAH

2002
Apa ada pada usia 15 tahun?

1. PMR.

2.Belajar buat ayam masak kicap. Bagi yang lebih advance, belajar buat paprik keli afrika.

3. Baru nak terer pakai pad x bocor.

4. Baru nak pandai pakai pencuci muka anti jerawat ngan krim fair n lovely. Tu pun ikat perut x makan nugget waktu rehat nak dapat beli benda2 tu.

5. Berjinak2 dengan Veet.

6. Lelaki?ape tu?


Tetapi..



2 April 2010

Pada usia 15 tahun.

1.Sedang berurusan dengan pejabat agama untuk dapat kebenaran berkahwin.

2. Dikenali di seluruh Malaysia. Publisiti sekelip mata.


Tahniah dik.
Semoga air mata ibumu setimpal dengan lelaki yg adik kahwini
.

Friday, April 2, 2010

STATUS SELEBRITI

Hari2 typical seorang lelaki berusia hampir 60an yg sudah bersara. Sebelum mengenali teknologi.

1. Bangun pagi, slepas subuh amik angin depan rumah sambil tengok pokok bunga.

2. Sarapan. Isteri yg juga dah bersara masak brekpes simple2 seperti nasik lemak.

3. Sambung mengopi kat kedai kopi sambil bc akhbar mainstream.

4. Balik tebas rumput yg xla pnjang sangat pun. Kalau ada anak rumah berhampiran, pegi melawat kawasan sambil main cucu.

5. Makan tengahari menantu masak. Xsedap, baling pinggan.

6. Da letih main cucu balik rumah tido petang.

7. Dah malam tgok berita tv3. yg taste kurang ckit tengok berita rtm.

8. Sebelum pkul sepuluh da tido.


Tapi selepas memiliki modem broadband (yg takla laju mane pun)

1. Bangun pagi tengok Farmville dulu. Jangan ada yg mati pokok2nya.

2. Sarapan depan komputer sambil tgok FB n balas komen org. Upload gamba terbaru yg sendiri tangkap sambil tengok atas.

3. Baca paper online. Baca blog anak2. Baca gossip.

4. Transfer duit online kepada anak yg x habis2 mintak duit.

5. Bukak you tube, layan wayang kulit or cerita Sangam dekat you tube.

6. FB lagi. komplen masalah rakyat dekat blog2 pemimpin. Taun bila akan dilayan xtau la.

7. Masa tido n makan mula tidak menentu. Enjin kereta tidak dipanaskan. Lalang mencecah pinggang.

Tiada kaitan dengan sesiapa. Ampunnn....

Monday, March 29, 2010

DIMAMAH USIA

Mak Batin pulang lewat.

Petang yang panas, enak kalau dapat tido 5 minit dalam lori ais tiub.

Tapi sebab petang tu lori ais x masuk n MB pun x abis lagi berunding pun ngn tokey ais utk dpt consent tido dalam lori ais dia, MB pun tangguhkan dulu hasrat tu untuk hari lain.

Tapi ais memang xleh escape.

Maka sampai saja di sebuah cafe yang terapung di atas tasik ternakan biawak, MB pun menuju ke kafe yg terkenal wat nescafe ais cair harga rm1.20.

Tengah2 dahaga xleh minum manis sgt, nanti kancing gigi.

"Kak, nescafe ais satu, bungkus ikat tepi.."

"Ok..."sambil tangannya menuang susu jenama Gold Coin yang bukak separuh.
MB jeling2 gak kot ada telur lalat dekat mulut tin tu. Negatif.

Dari riak wajah aku berani kerat jari xde IC Malaysia makcik ni. Dan bila dah panggil makcik tu harusla lagi dimamah usia dr MB.

MB menunggu dengan tabah sambil mengira2 congak hasil keuntungan berniaga air.

Dengan tidakla tiba2 sangat, Pak Guard yg uniform ala2 kadet polis beratur belakang MB.

Wajahnya tidakla sesuci Pak Batin, tapi yg MB pasti IC dia confirm mula ngn angka 6 ke bawah.

Dan adegan seterusnya buat MB gelihati sepanjang perjalanan balik sambil memandu Volk Beetle MB.

"Kak, epal susu satu bungkus tanak tapis.."

"Skejap ya pakcik.."

Wednesday, March 24, 2010

KETOK2

Di sebuah perpustakaan

Di musim peperiksaan.

Di saat manusia dahaga ilmu dan fokus tahap dewa.

Seorang manusia yang tinggi yakin diri melangkah.

"Ketok ketok ketok.."

Perempuan tudun purple jeling sambil kerut dahi n buat2 betulkan rambut terkeluar.

Gadis teruskan perjalanan.

"Brrr....." (bunyi ekon)

"Ketok ketok ketok..."

Seorang budak 1st year gigit pen sampai patah. (Poyo, baru belajar Ocular Anatomy dah nak serabut2. Bagi nota Orthoptics baru tau)

"Brrr......"(bunyi ekon lagi)

Dan gadis jalan lagi.

"Ketok ketok ketok..."

Seorang pelajar tahun akhir kemas barang dan blah dgn muka bengang sambil menjeling. (Kene extend le tu, jiwa kacau)

Sampai meja palig hujung gadis tersebut bukak laptop.

"Ketak ketak ketak....."

Gadis tersebut meng-update blog.

Dalam diam seorang pelajar meja bersebelahan dengan beliau sedang membuka fanpage facebook.

Bertajuk "We Hate Mak Batin"

Dan petugas library pula sedang menyiapkan surat rasmi mengharamkan pelajar tersebut meluangkan masa di library.

Monday, March 22, 2010

SAIKO 2

Kekejian di musim peperiksaan (adaptasi dr dinding muka buku MB)

1. Longgokkan lecture note atas meja. Agak2 satu rimtu kire ok dah.

2. Wat sepah2 ckit, bukak satu dua note atas meja.

3. Buka 2, 3 kaler highlighter.

4. Pasang cerita Ugly Betty season 4. Atau apa2 cerita selain cerita keji (nanti ilmu x masuk)

5. Pasang headphone.

Sekiranya roomate lalu, terus ke no. 5. Jika tidak, terus ke no.6

5. Tangan kanan pegang highlighter, tangan kanan picit dahi. Buat dahi kerut2 ckit, sambil pandang lecture note.

ataupun

6. Tgok cerita sambil sengih2.


Selepas 15 minit, konfem orang lain pun kalut2 bukak lecture note.


Saturday, March 20, 2010

MAK ATIN MERANGKAP MAK BUAH

Anak buah sembelit.

Sebagai auntie yang caucasian dan baik hati aku pun membawanya ke pasaraya.

Berniat membelikan anak buah minuman kultur yang menternak bakteria bagi menstabilkan ekosistem dalam perut mudanya.

Di hadapan freezer aku mencapai minuman kultur buatan tempatan.

(Berniat menyokong barangan buatan tempatan. Tiada kena mengena dengan harganya yang murah)

Tapi anak buah lebih tangkas menyambar minuman kultur buatan jepun yang iklannya di TV begitu saintifik sekali siap dengan saintis pakai white coat goncang2 test tube.

Aku pun menerangkan kebaikan membeli barangan buatan Malaysia merangkumi kadar inflasi yang meningkat dan kadar tukaran matawang Jepun yang tinggi termasuklah cukai barangan import yang diimplementasikan kerajaan Dacing Biru tapi kurang cerdik pertimbangannya.

Sekadar mendedahkannya kepada realiti dunia yang kejam seawal usia 2 tahun.

Namun anak buahku tetap berkeras.

Inilah akibat meminum susu formula lembu New Zealand dengan AHA, DHA, EPA, EPL dan LRT.

Kanak2 semakin sukar dikelentong dan semakin cerdik sampai boleh dapat berpuluh2 A.

Teringat zaman kanak2 yang percaya kalau tunjuk pelangi nanti tangan jadi batu.

Hai sungguh xde motif penipuan tersebut.

Tapi aku percaya.

Inilah akibatnya bila banyak sangat makan Super Ring dan Rota.

Friday, March 19, 2010

RESORT

Mak Batin memasang impian besar sekembalinya dari pertapaan di Pulau Kapas.

Maka perbualan ini terjadi antara beliau dan 'rakan kongsi', sang Pak Batin.

MB: Abang tau x, dekat Pulau Kapas ade resort nama Resort Makcik Gemuk.

PB: Yeke? Mesti owner die gemuk kan.

MB: Gemuk x gemuk, dah jadi jutawan. Kita ni berpuluh tahun jd batin x kaya2 pun. Sayang teringin gak nak pakai beg LV. Dah boring pakai beg mengkuang ni.

PB: Abistu sayang nak wat resort jgak ke?

MB: A'ah, sayang nak namakan resort tu Resort Batin.

Pak Batin terbayangheadline Berita Harian bertajuk resort yang baru sehari dibuka diserbu pejabat agama.

Wednesday, March 17, 2010

ASAM GARAM KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

Hmmmm sebermula al - kisah dengan gelojahnyer Pak batin sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi...hmm tua2 keladi makin tua makin jd ...kurap makin d garu makin sedap..x cukup sorang ker.....?(kawarangsing waliam pn turut bg pantun)entah ape kh jadah sume nie...

Berikut merupakan rakaman perbualan antara Pak Batin dan Mak Batin atas hujah2 konkrit yang diberikannya....>(entah sape ke yang sekodeng merakam....tanye lah saya,saya pun x tahu)

Pak batin : (Dengan gaya yang romantik) sayaaaaaangggggggg ..kalo Lelaki kawin 3 baru lah sah yer..?

Mak Batin : Kenapa pulak bang...?(Dengan nada yang lembut)

Pak Batin : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga” isteri (is three). Baru betul dan sah kan2!.

Mak Batin : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”

Pak Batin : Hmmm maaf ya... abang Muet pun dpt band...1 markah ag nk lulus...Berkenaan apa tu sayang?

Mak Batin: Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural

Pak Batin : Contohnya??(Dengan gelojohnyer)

Mak Batin : One Handset sebagai singular, two Handsets sebagai plural. Apa bezanya bang..?

Pak Batin : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural..

Mak Batin : Betul2 tu. Sama juga la untuk abang..

Pak Batin: Macam mana pula boleh sama?

Mak Batin : Satu isteri abang MAMPU la.., jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je,kan ?

Lepas daripada peristiwa debat dengan Mak Batin.., Pak Batin tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi..dan bertekad untuk mencintai dan menyangi Mak Batin seorang..walaupun telinga dan kulit Mak Batin berkedut2..hatinya amat mulia seumpama matahari yang menyinari di waktu pagi..mulia betul Mak Batin “sedangkan anak kucing hina di pungut apatah lg...Lu fikir la sendiri..hmmm mulia betul Mak Batin..Beruntung Pak Batin..

Pak Batin dengan bentuk badan yang mantap dan tegap (TOGE-sciencetific name)..menjerit sekuat hati...AKU CINTA PADAMU MAK BATIN!!!

Hmmm liciknyer seorang isteri, dan manjanyer seorang suami…jadinya kena selalu berfikiran positif (dengar tu)…barulah tercipta rumahku syurgaku!!!

Tuesday, March 16, 2010

NEGRO

Mak Batin sudah bertukar menjadi Mak Negro.

Sori beberapa hari x update. Mak Batin pergi bertapa dkat Pulau Kapas.

Dah tau telinga panjang ada hati nak pegi snorkeling.

Abis telinga kena gigit dengan ikan nemo.

Tak termasuk sangkut2 dekat batu karang lagi.

Nyaris2 nak terkoyak. Haish.

Pak Batin pun membebel sebab telinga da x anggun mcm selalu.

Tapi Mak Batin puas pergi bertapa.

Dapat satu ilmu yang cuma dapat lepas menurun berembun celah2 batu karang pukul 3 pagi sambil pelok ikan nemo.

Mana2 Batin yang berani nak cabar Mak Batin boleh kontek PA Mak Batin.

Kita celen sapa lagi hbat masak nasik guna api lpastu xde kerak n nasik x lembik.

Thursday, March 11, 2010

MATA GERAK2

Kalau sok lusa aku x jadi jutawan aku nak letak tape kat mata ni.

Dah 3 hari berturut2 asek gerak2 je.

Rimas!

LUAHAN HATI GADIS MULIA

Aku melihat dua makhluk di atas lantai.

Sungguh lemah dan kerdil rupanya.

Bila aku mahu menghampiri, lantas mereka malu2 menyorok di bawah katil.

Bila aku tidak melihat, mereka kembali berjalan2 di atas lantai mencari bersuap2 rezeki.

Dek kerana rasa kasih yang mendalam, aku menganggap mereka sebagai rakan sebilik.

Malah menamakan mereka Cici dan Cakcak.

Pernah satu ketika aku menampar nyamuk aedes tidak berdosa yang terbang di hadapanku.

Mayatnya aku letakkan di atas lantai, beralaskan pinggan arkopal bagi menjamu Cici dan Cakcak.

Kini hampir setahun berlalu.

Cici dan Cakcak telah dewasa.

Mereka telah melahirkan zuriat keturunan yang begitu ramai sekali.

Mungkin juga mereka mengutus surat ke kampung halaman dan mengajak seluruh kaum keluarga tinggal di penempatan baru yang telah mereka teroka.

Kemunculan objek bujur hitam pelbagai saiz dengan trademark biji putih halus di atasnya cukup untuk membuktikan pembelotan Cici dan Cakcak.

Aku masih boleh bersabar kerana dididik sejak kecil untuk tidak menyimpan perasaan dendam.

Namun kemuncaknya adalah apabila mereka menjadikan hidangan makan malamku sebagai tandas.

Setelah segala layanan yang aku berikan, ini balasan mereka padaku.

Menyebabkan sepuluh lengan menjadi mangsa gigitanku dek kerana geram.

Kini aku tidak lagi menunggu malam Jumaat seperti yang diajar kedua orang tuaku.