Thursday, December 20, 2012

MIND YOUR WORDS PLEASE

Petikan dari blog B&C, blog penguat semangat di kala duka.

Boleh tak juga jangan buat status atau update di blog berbunyi macam ni:

 "Bila saya dengar sedara saya kemurungan kerana tidak mempunyai anak, saya rasa bersyukur dan sangat beruntung kerana anak kami wujud walaupun tanpa diduga.."

ataupun

 "Saya merasa kasihan dengan kawan saya sebab dia tidak diberikan rezeki yang satu tu..mungkin ada kesilapan yang dia telah lakukan tapi dia tidak sedar..nak cerita pasal anak dengan dia pun serba salah, takut dia kecil hati.."

 ataupun

 "Bila saya tengok kawan saya bermain-main dengan anak saya, saya melihat wajahnya dan merasa simpati dengan dia. Kawan saya ini dah lama berkahwin, lebih lama dari saya tetapi Allah memberikan saya rezeki anak dahulu dari dia."

ataupun

  "Tak sangka kami dikurniakan rezeki ini tatkala orang di sekeliling kami mengharapkan keajaiban seorang bayi.."

ataupun

"Tak sangka hasben saya sharp shooter.."

Uwahhhh....Amboiiiii.
Mungkin Allah beri rezeki lambat sebab kalau dapat cepat, takut kami2 ni menjadi insensitive dan selfish seperti anda.

Terima kasih, sekian bebelan emosi petang ini.

Wednesday, December 19, 2012

SARAPAN BERKHASIAT

Bangun pagi dengan azam yang gigih. Everyday home-cooked meal, say no to roti goreng masak minyak kantin hospital, katanya.

Buka tudung periuk, nasik sejuk. Hmm. Nasik goreng?Boring, dull. Jemput2 nasi? Oh sama je kalori dengan roti masak minyak. Nasik kangkang? Ar no komen tak pernah terai buat.

So jalan mudah, tak nak minyak atau tumis2. Masuk nasik sejuk dalam blender, letak susu hi-calcium, blend. BRRRRRRRRRRRRR.....siap. nasik "kruk' kata kami 4 beradik masa kecik2, aka nestum segera yang mak selalu buat bagi anak2 makan. Resipi diulang tayang oleh anak perempuan jelitanya nan pemalas. Mak Batin's verdict?Sedap, macam nestum bayi betul. Cepat, senang, kenyang. Boleh jadi menu harian. Or not?

Sejam kemudian.

BRRRRRRRRRRR.....
...................................

Mak Batin menjadi kawan baik toilet.
Selama sehari setengah.

Maka secara rasminya nasik kruk terkeluar dari senarai sarapan pagi Mak Batin, terima kasih.





Tuesday, December 18, 2012

KELUAR DARI BERTAPA

Kenapa Mak Batin berhenti memblog? Tiada alasan.

After all, no one cares. Siapa yang baca blog picisan macam blog Mak Batin kan. Just another blog yang orang klik, baca 2 saat, judge n klik pangkah.

Sejak post terakhir (lebih setahun lalu), macam2 berlaku dalam hidup Mak Batin. Kalau ada graf memang macam roller coaster. Tapi kebanyakan masanya di atas, biasala aura pengantin baru. Berkahwin, bekerja, menjadi isteri, anak mithali (self proclaimed), bakal ibu (yang telah terbatal). Semuanya mengubah cara berfikir, tidak lagi seperti zaman Mak Batin setahun yang lepas, seorang pelajar tahun akhir riang ria, kanak2 yang terperangkap dalam badan wanita jelita. Sekarang benar-benar adalah wanita jelita di dalam tubuhnya sendiri.

Mungkin blog ini akan menjadi medan Mak Batin mengembalikan sisi kanak2 tersebut, mungkin akan jadi tempat luahan perasaan, mungkin akan jadi jurnal hidup isteri mithali, anak contoh ataupun blog mak2 yang akan keluar bila orang gugel 'testimonial jamu mak dara'. Conteh ye, contoh. Just anything random, no specific aim or anything.

But ultimately, this blog is dedicated to the coolest mom ever, MAK who constantly view this blog and secretly (sometimes openly) hope I would write again. Since you're retired now and have much ample time and the PC all to yourself, I'm adding just another blog to your long list of readable blogs.

Pembaca2 yang lain, selamat mebaca. kompelin adalah dialu-alukan.