Sunday, May 2, 2010

AYAM JEPON IKAN TERMENUNG

9.03 am

Rynawijaya bangun dari peraduan.

Sambil menggosok2 mata beliau menuju ke meja makan.

Mak andak dan tok leha sudah memulakan sesi sembang pagi. 90% hampir pasti mengumpat.

"Beli pa harini mak andak?" kata Rynawijaya dlm loghat utara yang pelat.

"Nasik lemak ngn kueyteow. Mai makan. Mak Andak amik free dekat kdai mak anjang hang td.."

Bunyi mesin bajuh sedang memutar pakaian bergema.

Ibu ayam yang baru kluar wad bersalin mula membawa anak2nya mencari makan.

Rynawijaya mencapai sebungkus nasi lemak dan mencapai sudu dan memulakan suapan.

Sesi sembang pagi diteruskan. 100% mengumpat.

********

9.03 pagi

"Tengahari ni nak makan pa plak Mak Andak?"

Nasi lemak pagi tadi belum sampai ke usus besar, Rinawijaya sudah mencongak2 makan tengahari pula.

Tergamak pula menyimpan impian memiliki tubuh seperti Rozita Che Wan.

"Habaq dah kat Ana tadi beli ikan termenung.."

Mak Andak membalas sambil mengikat rambutnya yang menggerbang.

Mungkin Tok Leha mengidam makan Mamee Slrpp berlebihan semasa mengandungkan beliau.

"Kita ni hari2 makan ikan termunung na. Tu pasai kita dok termenung hari2.."

Mak Andak menambah. Rambut mamee slrrpnya sudah terikat rapi.

Ayam yang baru kluar wad bersalin masih meneruskan sesi lecture beliau bertajuk cara2 mencakar tanah.

Turut kelihatan bapak ayam jepon yang tidak pernah bertanggungjawab atas kelahiran anak2nya.

Bil wad bersalin pun bertunggak. Nafkah tidak diberi.

Tapi terdengar gossip oleh ayam2 makcik bahawa isteri2nya sudah memfailkan saman di Mahkamah.

Tanpa rasa bersalah ayam tersebut mundar mandir di bawah tangga.

Rynawijaya memandang Mak Andak dengan pandangan penuh erti.

Mak Andak memahami jelingan tersebut.

Maka masing2 mula menjalankan peranan.

Segenggam berasa dan jerat tali digenggam erat.

Dengan uniform baju kelawar, mereka melangkah penuh yakin.

*****

9.45 pagi.

"Kurrr kurr kurrr..."

Muncung mulut Rinawijaya memujuk ayam jepon. Bibir tebal semakin terserlah.

"Mai la ayam oi..kami tak larat makan ikan termenung ni..."

Pujuk Mak Andak pula. Mungkin beliau menjangka ayam tersebut telah lulus ijazah PJJ bahasa manusia dengan kepujian kelas atas.

Ayam jepon menghampiri. Rakus mematuk beras nasional 15% hancur.

"Kurrr kurrr kurrr..."

"Mai ayam.mai dekat kit..."

Dan semakin hampir. Rynawijaya sudah bersedia dengan kemungkinan akan menyauk ayam tersebut dengan baju kelawarnya yang labuh itu.

Di matanya terbayang2 gulai ayam campur batang pisang.

Gambaran ikan termenung telah ditransfer ke recycle bin.

******

12.30 tengahari

Rynawijaya dan Mak Andak menyuap nasi dengan perlahan.

Ikan termenung dicubit manja.

"Dengaq kata nak masak lauk gulai ayam?" tanya ayah Rynawijaya.

"Hang nak kena penampaq?" balas Mak Andak dengan bibir yang bengkak terkena simen.

No comments:

Post a Comment