Wednesday, March 10, 2010

SANG PERUT BESAR

Semalam Mak Batin pegi dinner.

Konvensyen Batin-Batin sedunia.

Semua kaum punya Batin datang dengan baju kaum masing2.

Tapi harusla Mak Batin paling hott dengan skirt rumba2.

Pegi maintain jer jalan tegak.

Tapi balik cm postur dah x berapa nak betul.

Skirt pun terpaksa kasi loose ckit.

Klu: Dinner tersebut adalah buffet dinner. Mak Batin berpegang pada prinsip orang tamak selalu untung.

Tuesday, March 9, 2010

KO TAMPAR JE!

"Dasar batin x sedar diri!!" slapppp...mak batin ditampar sedas.

"Ko ingat ko cun sangat?dahla telinga panjang!!"slapppp...ditampar sekali lagi.

Suasana hening dan tegang.

Mak batin meratapi dagunya yang herot akibat ditampar.

Dahla kulit pun berkedut, kesan tapak tangan tenggelam di pipinya.

Mak Batin bangkit membela diri.

"Salahkah aku melihat statistik blogku setiap 2 minit??"

BIBIK BARU

Seorang bibik baru masuk bekerja.

Namun cuma pada hari kedua bekerja dialog ini berlaku.

Lastri: Pak, bisa ngak belikan saya berus gigi?

Kalau x faham sila asah tahap intelek anda.

SAIKO

Bunyi menaip memang bisa bikin orang saiko.

Lagi2 plak klau duduk satu bilik empat orang pastu tidak dipisahkan dengan dinding kalis bunyi.

Sana sini bunyi menaip dah macam pusat telegram.

Sungguh berpuaka bagi golongan yang x siap asignment.

Lagi2 plak klau esok ader asignment 8931 patah perkataan kena hantar n baru nak mula menaip 4,5 perkataan (nama penuh dan no matrik untuk muka depan).

Maafkan aku sekiranya kamu tersaiko denganku.

Jangan terpedaya dengan wajah yang tekun dan menaip sepantas flashman itu.

Korang ingat aku updet blog ni sambil tido ke?

Sunday, March 7, 2010

PANAS

Suatu petang yang permai.

Dua wanita berpakaian seragam kemeja tak tak-in masuk ke bilikku.

‘Cik Batin ke? Kami dari kot memot. Izinkan kami masuk untuk memasang pendingin hawa di bilik cik.’

‘Eh saya muda jelita lagi, x pandai berhutang ansuran mingguan dan x ada slip gaji untuk buat potongan secara automatik..’

‘Jangan salah faham cik. Cik telah menang cabutan bertuah sebagai pencarum KWSP ke 888 yang jumlah caruman terkumpul dalam akaun satu bawah RM1000.’

Satu lagi tanda keprihatinan kerajaan terhadap golongan marhaen..syabas.

Sedang mereka memasang ekon yang boleh on secara automatik bila mengesan suhu badan meningkat secara mendadak, pintuku diketuk lagi.

Oh makcik cendol cafe terapung rupanya.

‘Tahniah, adik menang hadiah bekalan cendol dan ABC aiskrim selama setahun termasuk semasa cuti semester kerana menjadi pembeli cendol terbanyak sepanjang minggu lepas’

Wah ini sudah bagus. Belum sempat aku menyambut huluran cendol, datang pula encik posmen.

‘Cik sila sain di sini,ada kiriman dari kampung’

Sungguh luar biasa besar kiriman kali ini. Aku mengoyakkannya dengan ganas.

Wah sebuah peti ais dua pintu.

Penuh dengan makanan seperti tembikai, 100 plus, jeli kelapa, laicikang dan air penyejuk badan cap badak.

Air mataku mengalir tanda kesyukuran mengenang keprihatinan keluarga di kampung.

Tapi belum sempat ia menitis ke lantai, air mata telah membeku dipipiku.

Oh salji sudah turun di bandar Kuantan rupanya sehingga mencecah suhu di bawah takat beku.

Emping-emping salji turun seperti kunang2 di petang hari.

Fakta: Cuaca panas memang bisa bikin sasau.