Thursday, December 20, 2012

MIND YOUR WORDS PLEASE

Petikan dari blog B&C, blog penguat semangat di kala duka.

Boleh tak juga jangan buat status atau update di blog berbunyi macam ni:

 "Bila saya dengar sedara saya kemurungan kerana tidak mempunyai anak, saya rasa bersyukur dan sangat beruntung kerana anak kami wujud walaupun tanpa diduga.."

ataupun

 "Saya merasa kasihan dengan kawan saya sebab dia tidak diberikan rezeki yang satu tu..mungkin ada kesilapan yang dia telah lakukan tapi dia tidak sedar..nak cerita pasal anak dengan dia pun serba salah, takut dia kecil hati.."

 ataupun

 "Bila saya tengok kawan saya bermain-main dengan anak saya, saya melihat wajahnya dan merasa simpati dengan dia. Kawan saya ini dah lama berkahwin, lebih lama dari saya tetapi Allah memberikan saya rezeki anak dahulu dari dia."

ataupun

  "Tak sangka kami dikurniakan rezeki ini tatkala orang di sekeliling kami mengharapkan keajaiban seorang bayi.."

ataupun

"Tak sangka hasben saya sharp shooter.."

Uwahhhh....Amboiiiii.
Mungkin Allah beri rezeki lambat sebab kalau dapat cepat, takut kami2 ni menjadi insensitive dan selfish seperti anda.

Terima kasih, sekian bebelan emosi petang ini.

No comments:

Post a Comment