Monday, August 30, 2010

BUNGA API

Sebuah entri nostalgia sempena raya dan 1Malaysia.

Kampung Tepi Sungai, Lundu, Sarawak.

Seorang gadis kecil bermain berhampiran longkang rumah.

Siput2 babi yang tidak dapat menyeberang longkang dibantu.

Semut2 yang lemas diselamatkan.

Namun semakin lama gadis kecil semakin bosan.

Kakinya menguis2 lumut hijau yang menempel di gigi longkang. Melekat di hujung selipar jepunnya dan kuku kakinya yg panjang.

"Dum dum dum!!!!"

Bunyi mercun kedengaran di kejauhan.

Anak2 jiran2 yg kaki penuh kudis sedang bermain mercun.

Tiada kesedaran sivik walaupun pelbagai kes putus jari dilaporkan di akhbar saban hari.

Gadis kecil mencebik.

Hatinya sedih.

Kakinya dihentak2 sepanjang jalan masuk ke rumah.

Tocangnya membuai2 kiri dan kanan.

Gaun kembang yang tersarung di tubuhnya berkibar2 ditiup angin.

Matanya kemerahan memandang emak dan ayah yg sedang menonton televisyen.

Hatinya tekad, niatnya nekad.

.................................................

"Mak, nak cabut uban!" katanya pada ibu yang sedang berbaring menonton televisyen.

Mak menoleh.

"Cabutla....harga biasa sehelai 5 sen, garu kelemumur 5 sen..."

Gadis kecil tangkas bersila di hujung kepala ibunya.

Tangannya rakus mencabut2 rambut2 putih sehingga sengal2 jarinya.

Sambil dalam hatinya sentiasa berdoa agar ibunya rambut ibunya memutih seperti ketua menteri Sarawak.

Namun doa gadis kecil tidak dimakbulkan (sehingga sekarang).

.................................

"Mak mak, bangun..." kata gadis kecil pada ibunya yang sudah tertidur.

"Hmmm....cabut berapa banyak dah?" tanya ibunya.

"Uban 38, garu kelemumur doblas kali....maka total RM 2.50..sumpah xde cabut sehelai pastu putuskan jd 2 helai...betul2 cabut 38 tadi.."

"X caye mak tengok satu2 uban tu ade akar lagi..."kata gadis sambil tersengih2 untuk membuktikan dirinya jujur.

"Xpe2 japgi mak tengok. Kalau tipu malam ni xleh tengok tivi.."

"Nah Rm2.50. Nak beli ape ni?" tanya Mak.

"Adala......" jawab gadis sambil berlari mencapai basikalnnya BMX (baca: BMW)yg masih pakai roda kecik kat tayar blakang.

.....................................

"Toke nak ni satu ye..."kata gadis sambil mencapai bungkusan emas di atas rak.

Wanita Cina tua itu mengikut arahan gadis.

"Aiya amoi...angkat yang besar ckit la..tambah 20 sen saja...."kata tokey tersebut menjalankan strategi bisnes.

"Takde duitla tokey...uban mak tak banyak ini hari..."jawab gadis kecil.

"Lain kali lu kasi bubuh bedak maa... lu punya mak tak perasan punya...semacam saja.."kata tokey lagi. Kekejian betul, mengajar kanak2 menipu.

Gadis kecil yang penuh tatasusila tidak mengendahkan ajaran sesat Ayah Pin tokey tersebut.

Selepas mengambil barang yang dibeli, beliau terus memecut BMW pacuan empat rodanya ke rumah.

Gaun kembangnya berkibar lagi.

......................................

Gadis kecil drift masuk ke simpang rumahnya.

Korner baring lutut cecah jalan sampai berapi.

BMW parking baring sebab xde tongkat.

Gadis berlari ke pintu rumah sepantas kilat.

Peluh menitis2 di dahi.

Hatinya puas, dapat membeli barang idamannya dengan hasil titik peluh sendiri.

Ayah, emak dan tiga abangya sedang khusyuk menonton televisyen.

Gadis berkobar2 untuk menunjukkan hasil beliannya.

Gadis menjerit: "Tengok ni Adek beli bunga api!!!Murah Rm 2.50!!!!"

Ayah menoleh.

Emak menoleh.

Abang2 menoleh.

Setelah diam tiga saat..

.
.
.

"HAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

........................

Gadis kecil terus bermain berhampiran longkang rumah.

Masih lagi membantu siput2 babi yang tidak dapat menyeberang longkang.

Terus membantu semut2 yang lemas diselamatkan.

Air mata mengalir di pipi.

........................................

Rentetan perbualan ahli keluarga gadis kecil:

"Hmm bakar la 'bunga api' dia tu, 2, 3 jam baru habis sebatang..."

"Kalu dia main bunga api dia tu, abisla rumah kita bau mcm tokong Cina..."

"Sengal ke ape tokey tu, budak2 beli colok pun die jual jugak..."

"Kesian die kan, penat2 cabut uban tapi tak dapat main bunga api jugak...sia2 je..."

2 comments: