Wednesday, April 20, 2011

MERANCANG MAJLIS

Masa kecik2, tiap tahun tunggu tarikh 13 Oktober.

Sebab nak sambut birthday party.

Kanak2 punya fikiran.

2minggu sebelum dah koyak mukasurat tengah buku latihan nak tulis guest list.

Biasa buku Pendidikan Jasmani jadi mangsa sebab banyak mukasurat kosong. In fact tak pernah ada isi pun.

Salin nama satu kelas.

Lepastu potong dua tiga nama sebab tak geng. Kecik2 dah diskriminasi.

Tunjuk dekat mak(penyumbang dana) mintak approval.

Mak approve, draf design kek pulak.

Sebab mak buat sendiri so boleh demand (walaupun slalu kena reject).

Sebab walaupun mintak design mickey mouse, tetap dapat aising cake dengan bunga ros pink.

Akhirnya parti tetap berjalan, happy2 makan kek, bukak hadiah n tunggu tahun depan pulak.

Sehinggala mak menghentikan subsidi sambutan harijadi sebab masing2 sudah mumayyiz dan malu muncung2 tiup lilin depan khalayak ramai.

************************

Selepas sepuluh tahun.

Kena korek2 balik ilmu event planning ni.

Upgrade ckit, guest list taip dalam word. Tiada buku yang dmangsakan kali ini.

Tapi kek tetap dari supplier yang sama. Takde dah demand mickey mouse, pandai dah nak demand2 fondant cake. (Mak: Mungkinkah dapat aising kek bunga ros pink lagi?Hee =))

Apa pun, merancang majlis nan satu ni memang rare.

So maaf kalak MB x upadate blog.

Tak cukup gigih macam blogger2 lain sampai ada blog khas pasal merancang majlis.

No comments:

Post a Comment